skip to main
|
skip to sidebar
K E L E M A H A N L E L A K I
ASSALAMMUALAIKUM :)
MENGENAL KELEMAHAN LELAKI!
Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius
Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony,
ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan
Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu
wanita.
Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita.
Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan
lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut
sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh
seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia
boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita,
hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.
Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.
Tolonglah
gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan
lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki.
Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang
bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup
lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.
Kejayaan seseorang
lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin
isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik.
Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita,
mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.
Jika anda cantik
dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang
dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki
memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan
keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan
anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan
peranan yang anda mainkan.
Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi
kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi
nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah
liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh
memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia
boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot,
kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang
darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua
benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.
Nafsu
lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita.
Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa
helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan
rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki
akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke
sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.
Maka itulah
lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh.
Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi
nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap
didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya
tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang
tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.
Lelaki tua
boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek
terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia.
Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh
dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi
penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.
Oleh
itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam
perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah,
ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua
No comments :
Post a Comment